URUS

KEWANGAN

KOMPREHENSIF 360°

FAIZ AKMAL

APPROVED FINANCIAL ADVISOR

Saya Faiz Akmal, adalah Perancang Kewangan Berlesen (Financial Planner Representative, FPR) dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dengan memegang lesen CMSRL. SC adalah badan berkanun yang diberi tanggungjawab untuk mengatur dan mengembangkan pasaran modal di Malaysia secara sistematik. Dan pemegang lesen CMSRL diberikan kebenaran untuk menawarkan nasihat pelaburan dan kewangan yang sah.

Saya juga merupakan Penasihat Kewangan Islam yang Berkelayakan dan Sah (FAR) yang dilesenkan terus daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memberi nasihat kepada orang ramai mengenai hal-hal yang berkaitan dengan takaful dan insurans. Sehingga Mac 2021, hanya terdapat seramai 258 orang FAR Muslim dan Bumiputra daripada keseluruhan 1,112 yang berdaftar di Malaysia .

Saya bernaung di bawah syarikat Phillip Wealth Planners Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat Penasihat Kewangan dan subsidiari kepada Phillip Capital Holdings.

Saya juga adalah ahli berdaftar kepada Malaysian Financial Planning Council (MFPC) dengan status kelayakan sebagai  Shariah Registered Financial Planner (ShRFP).

Dan saya merupakan ahli TSI Group (The Sophisticated Investor), iaitu sebuah agensi Perancang Kewangan Islam terbesar di Malaysia.

Dengan memegang lesen CMSRL dan FAR, saya adalah perancang kewangan sepenuh masa yang menawarkan nasihat profesional, holistik dan tanpa bias kepada syarikat dan produk tertentu untuk membantu klien dalam membuat keputusan yang rasional dan bijak dalam kewangan.

Ringgit Psych | Psikologi Ringgit adalah portal portfolio peribadi dan perkongsian maklumat berfokus kepada memahami sikap dan psikologi manusia yang membentuk keputusan dalam pengurusan kewangan. Ringgit Psych | Psikologi Ringgit juga mengumpulkan ulasan dan menyampaikan maklumat serta perkembangan industri kewangan dan juga produk-produk kewangan demi memastikan pembaca/ pelanggan celik industri dan juga produk.

Misi utama; membantu pembaca membuat keputusan dalam pengurusan kewangan dengan rasional dan bijak dengan cara memahami sikap dan psikologi manusia terhadap wang ringgit.

Portal ini juga menyediakan akses kepada khidmat nasihat dan bantuan perancangan kewangan, secara khususnya:

  • Analisa Aliran Tunai
  • Analisis Kesihatan Kewangan
  • Pengurusan Hutang
  • Perlindungan Takaful
  • Pelan Pelaburan
  • Pelan Pendidikan Anak
  • Pelan Persaraan
  • Perancangan Pewarisan

Khidmat Yang Ditawarkan :-

Analisis Aliran Tunai

Analisa pendapatan & perbelanjaan dan nasihat mengenai pengurusan kewangan yang lebih optimum.

Perlindungan Diri & Keluarga

Bina pelan perlindungan diri, keluarga dan harta yang optimum berdasarkan keperluan.

Perancangan Persaraan

Capai matlamat persaraan dengan pelan persaraan khas yang sesuai dengan risiko dan gaya hidup anda.

Analisis Kesihatan Kewangan

Ketahui kedudukan dan situasi semasa kewangan anda melalui analisis Wealth Quadrant.

Perancangan Pelaburan

Capai matlamat kewangan melalui pembinaan portfolio pelaburan yang seimbang.

Pengurusan Hutang & Liabiliti

Analisis hutang peribadi dan ketahui kaedah urus hutang serta pembayaran balik hutang yang efisyen.

Perancangan Pendidikan

Rancang & bina pelan pendidikan anak-anak demi masa depan yang lebih terjamin.

Perancangan Pewarisan & Legasi

Penyediaan pelan perwarisan dan legasi demi manfaat dunia dan akhirat melalui instrumen Wasiat, Hibah, Harta Sepencarian dan Amanah Trust.

Rahsia Jutawan ‘SMART’

BINA MATLAMAT KEWANGAN DENGAN FORMULA SMART Awal tahun baharu 2019 ni elok kiranya bermula dengan langkah menetapkan matlamat kewangan yang spesifik, efisyen dan mampu dicapai.

Read More »

Testimonial :-

Program kewangan semasa