APA ITU UNIT TRUST?

Tak perlu menjadi pakar dan tak perlu kemahiran yang tinggi. Semuanya diserahkan kepada Pengurus Dana Profesional yang akan menguruskan portfolio pelaburan.

APA ITU UNIT TRUST?

  1. Unit Trust = Mutual Fund = Unit Amanah = Amanah Saham = Dana Amanah. Namanya saja yang berbeza tapi membawa maksud yang sama.
  2. Unit Amanah adalah satu Skim Pelaburan Terkumpul (Collective Investment Scheme, CIS).
  3. Konsepnya, sekumpulan pelabur bermodal kecil mengumpulkan wang-wang mereka bersama menjadikan jumlah modal pelaburan lebih besar dan menyerahkan wang mereka kepada Pengurus Dana Profesional untuk dilaburkan dan dikembangkan.
  4. Mengapa? Sebab tak banyak pelaburan yang boleh dibuat dengan modal RM100, tak banyak saham yang boleh dibeli, tetapi sekiranya 10,000 orang pelabur masing² bersepakat mengumpulkan RM100 setiap seorang maka modal yang ada menjadi RM1 JUTA. Dengan modal RM1 JUTA lebih banyak pelaburan boleh dibuat, lebih banyak saham yang boleh dibeli dan portfolio lebih pelbagai.
  5. Konsepnya juga sama seperti ASB, sebab ASB juga adalah sejenis Unit Amanah. Cuma bezanya, harga seunit ASB adalah tetap pada kadar RM1/unit jadi pulangan pelaburan ASB adalah dalam bentuk agihan pendapatan (income distribution) dan juga bonus (jika ada).
  6. Sebaliknya, harga seunit untuk Unit Amanah adalah tidak tetap jadi pulangan pelaburan adalah melalui kenaikan harga unit dana (capital gain) dan juga agihan pendapatan.

Konsepnya juga sama seperti ASB, sebab ASB juga adalah sejenis Unit Amanah.

Kelebihan Melabur dalam Unit Amanah

  1. Pelaburan Unit Amanah dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti, maka tidak timbul isu ia adalah sejenis skim cepat kaya.
  2. Tak perlukan modal yang besar. Boleh bermula dengan modal pelaburan serendah RM100. Walaupun modal kecil tapi dengan Unit Amanah, seorang pelabur sudah mampu membeli saham-saham ‘mewah’ seperti Nestle, Ajinomoto, TNB, Telekom, BIMB, Sime Darby dan banyak lagi.
  3. Kos caj pelaburan yang rendah. Caj pelaburan yang rendah lebih cepat pulang modal (break even).
  4. Tak perlu menjadi pakar dan tak perlu kemahiran yang tinggi. Semuanya diserahkan kepada Pengurus Dana Profesional yang akan menguruskan portfolio pelaburan.
  5. Modal pelaburan dijamin selamat oleh Syarikat Amanah. Tiada risiko wang dilarikan oleh Pengurus Dana.

Kelebihan Melabur dalam Unit Amanah

  1. Pelaburan Unit Amanah boleh dibuat melalui 2 cara:

    1. Tunai (buka akaun pelaburan boleh dibuat secara online, klik link di bawah):

    Lump Sum – minima RM1,000 dan boleh top-up bila-bila masa.
    Regular Saving Plan – minima RM100 secara bulanan.

    1. Akaun 1 KWSP – keluarkan sebahagian daripada akaun 1 daripada KWSP tanpa perlu mengusik pendapatan anda.