Tuan Faiz Akmal

SHRFP, Pengasas Ringgitpsych.com

A Member of TSI

Logo Hotizontal Long

Tuan Faiz Akmal

SHRFP, Pengasas Ringgitpsych.com

A Member of TSI

Logo Hotizontal Long

MEMAHAMI PSIKOLOGI RINGGIT

Urus Kewangan Dengan Rasional & Bijak

Selamat Datang ke Portal Ringgit Psych!

Ringgit Psych | Psikologi Ringgit adalah portal portfolio peribadi dan perkongsian maklumat berfokus kepada memahami sikap dan psikologi manusia yang membentuk keputusan dalam pengurusan kewangan. Ringgit Psych | Psikologi Ringgit juga mengumpulkan ulasan dan menyampaikan maklumat serta perkembangan industri kewangan dan juga produk-produk kewangan demi memastikan pembaca/ pelanggan celik industri dan juga produk.

Misi utama; membantu pembaca membuat keputusan dalam pengurusan kewangan dengan rasional dan bijak dengan cara memahami sikap dan psikologi manusia terhadap wang ringgit.

Portal ini juga menyediakan akses kepada khidmat nasihat dan bantuan perancangan kewangan, secara khususnya:

 

  • Analisa Aliran Tunai
  • Analisis Kesihatan Kewangan
  • Pengurusan Hutang
  • Perlindungan Takaful
  • Pelan Pelaburan
  • Pelan Pendidikan Anak
  • Pelan Persaraan
  • Perancangan Pewarisan

 

Portal ini diasaskan dan dikendalikan oleh Faiz Akmal.

SIAPA SAYA

Perancang Kewangan Berlesen

Saya Faiz Akmal, adalah Perancang Kewangan Berlesen (Financial Planner Representative, FPR) dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dengan memegang lesen CMSRL. SC adalah badan berkanun yang diberi tanggungjawab untuk mengatur dan mengembangkan pasaran modal di Malaysia secara sistematik. Dan pemegang lesen CMSRL diberikan kebenaran untuk menawarkan nasihat pelaburan dan kewangan yang sah.

Saya juga merupakan Penasihat Kewangan Islam yang Berkelayakan dan Sah (FAR) yang dilesenkan terus daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memberi nasihat kepada orang ramai mengenai hal-hal yang berkaitan dengan takaful dan insurans. Sehingga Mac 2021, hanya terdapat seramai 258 orang FAR Muslim dan Bumiputra daripada keseluruhan 1,112 yang berdaftar di Malaysia .

Saya bernaung di bawah syarikat Phillip Wealth Planners Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat Penasihat Kewangan dan subsidiari kepada Phillip Capital Holdings.

Saya juga adalah ahli berdaftar kepada Malaysian Financial Planning Council (MFPC) dengan status kelayakan sebagai  Shariah Registered Financial Planner (ShRFP).

Dan saya merupakan ahli TSI Group (The Sophisticated Investor), iaitu sebuah agensi Perancang Kewangan Islam terbesar di Malaysia

Dengan memegang lesen CMSRL dan FAR, saya adalah perancang kewangan sepenuh masa yang menawarkan nasihat profesional, holistik dan tanpa bias kepada syarikat dan produk tertentu untuk membantu klien dalam membuat keputusan yang rasional dan bijak dalam kewangan.

Perlu Bantuan?

Isi Maklumat Anda dan Berhubung terus dengan saya

PERJALANAN KARIER SAYA

sebab minat yang mendalam terhadap bidang perancangan dan servis kewangan.

Saya juga merupakan Penasihat Kewangan Islam yang Berkelayakan dan Sah (FAR) yang dilesenkan terus daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memberi nasihat kepada orang ramai mengenai hal-hal yang berkaitan dengan takaful dan insurans. Sehingga Mac 2021, hanya terdapat seramai 258 orang FAR Muslim dan Bumiputra daripada keseluruhan 1,112 yang berdaftar di Malaysia .

Dengan sijil ShRFP tersebut membolehkan saya mendapatkan lesen-lesen profesional dari BNM dan SC untuk menjalankan praktis khidmat nasihat dan akses kepada solusi/produk kewangan tanpa bias kepada hanya satu syarikat sahaja.

Selain berkongsi di portal ini, saya juga aktif berkongsi secara santai platform media sosial di Facebook, Twitter, TikTok dan Youtube. Boleh juga ikuti saya di media sosial berikut.

Kenapa Ringgit Psych | Psikologi Ringgit?

Sebagaimana tagline utama portal ini “Memahami Psikologi Ringgit”, adalah apa yang ingin saya bawakan sebagai misi utama, iaitu membantu pembaca membuat keputusan dalam pengurusan kewangan dengan rasional dan bijak dengan cara memahami sikap dan psikologi manusia terhadap wang ringgit. Sebab saya percaya, berdasarkan kajian serta pengalaman di dalam bidang ini; sikap dan psikologi manusia secara kelompok (crowd behaviour & psychology) banyak mempengaruhi seseorang individu untuk membuat sesuatu keputusan kewangan.

Dengan memahami asas sikap dan psikologi kelompok ini, membolehkan seseorang individu membuat keputusan yang rasional dan bijak serta mengurangkan kebarangkalian membuat pilihan keputusan yang tidak sesuai.